Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

KEPUTUSAN STPM 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2012 akan di umumkan pada 18 Mac 2013 mulai jam 12.00 tengah hari. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan STPM di sekolah masing-masing manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Untuk semak melalui SMS, taip STPM Result [No. K/P] dan hantar ke 15888.
Cth STPM RESULT 930405111111 sms ke 15888

Keputusan secara online di http://webmpm.mpm.edu.my/stpm/ mulai jam 12:00 tengah hari tarikh yang sama


Walau apa pun keputusan terimalah dengan hati yang terbuka .....
 

POWERPOINT - KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Alhamdullilah cg zue dah masuk tajuk ke-4 pembuatan keputusan. Target bulan  Mac selesaikan semua sillibus dan start bulan 4 nak buat ulangkaji. di sini cg zue kongsikan powerpoint yang cg zue guna di kelas. Bahan banyak cg zue ambik dar buku longman






POWERPOINT : ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

Dua powerpoint sebagai bahan P&P tambahan.

PENGURUSAN : BAHAN PENGAJARAN 2

Disini cg zue nak kongsi bahan pengajaran yang cg zue gunakan pada hari rabu yang lepas. Cg zue guna kaedah pembelajaran koperatif. Alhamdullilah aktiviti ini berjaya dan pelajar memberi respon yang positif.

Langkah-langkah untuk jalankan aktiviti ini
Langkah 1 : Bahagikan pelajar kepada kumpulan kecil
Langkah 2 : Setiap kumpulan lantik seorang CEO selaku ketua kumpulan
Langkah 3 : Setiap kumpulan diberi 12 tajuk kecil
Langkah 4 : Bagi pusingan pertama setiap ahli kumpulan perlu pilih mana-mana tajuk berdasarkan pilihan undian
Langkah 5 : Pelajar diberi masa 5-10 minit untuk baca tajuk yang diberi
Langkah 6 : Pelajar tutup buku dan menerangkan tajuk yang diberikan kepada ahli kumpulan tanpa merujuk buku atau nota (maksudnya pelajar mesti benar-benar faham)
Langkah 7 : Selepas penerangan, pelajar perlu tulis semula dalam worksheet apa yang mereka faham berdasarkan penerangan yang diberikan oleh salah seorang ahli kumpulan.
Langkah 8 : Selepas semua ahli kumpulan telah memberi penerangan mengikut tajuk yang mereka dapat boleh melakukan undian bagi pusingan kedua dan proses yang sama berulang
Langkah 9 : Diakhir p&p cg membuat rumusan dan bg latihan susulan

Bahan untuk didownload
Bahan 1  - boleh guna untuk 3 kumpulan
Bahan 2


 Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil


Alhamdullilah pelajar memberi komitmen yang baik.





Pengurusan - Bahan Pengajaran 1

Salam. Disini cg zue nak kongsi sedikit bahan pengajaran untuk tajuk pengurusan. semua bahan cg zue ambil dar buku longman sebab student cg zue beli buku ace ahead jadi nak bagi pilihan kepada pelajar bahan dari buku lain pula. Ada dua tajuk untuk latihan pelajar analisis pulang modal dan Carta Gantt. Boleh dibuat bersama pelajar satu bagi contoh satu lagi suruh pelajar buat sendiri sebelum kita bagi soalan-soalan lain yang lebih mencabar.

Untuk memuat naik : Bahan Pengajaran 1 (klik di sini)

POWERPOINT 1 : PENGURUSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah dua minggu sesi persekolahan bermula tentu semua sudah pun mula mengajar dan belajar tajuk pengurusan iaitu tajuk pertama bagi penggal ini. Di sini cg zue ada memuat naik persembahan powerpoint utk membantu pengajaran cikgu memandangkn buku-buku di pasaran belum lagi sampai. Nak tunggu baucer buku pun lambat last-last dah order buku suruh pelajar beli. Exam pun lebih kurang campur tolak tinggal 4 bulan lagi. So ingatan bg calon STPM 2013 jangan study di saat terakhir, belajarlah secara berterusan ... insyallah boleh berjaya


sumber : Buku Longman STPM Penggal 2

Selamat Bercuti Untuk Semua........


Setelah sekian lama tidak mengupdate blog hari ini tergerak untuk menjenguk blog untuk melihat perkembangan. Memang cg zue berhasrat untuk memuat turun bahan sama ada nota atau latihan bagi pelajar pp yang dikasihi tapi atas kekangan masa hasrat tersebut disimpan dulu. Maklumlah masa perlu dibahagikan antara tugas di sekolah, assigment dan juga menguruskan rumahtangga. Insyaallah untuk penggal 2 cg zue akan aktifkan blog ini semula.

Untuk hari ini bacalah artikel dibawah sebagai pengetahuan yang boleh cg2 selitkan dalam pp. Selamat bercuti untuk semua dan bagi yang menanda kertas jalankan tugas ini sebagai amanah ......



Peratuan Perniagaan dalam Islam

Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk berniaga supaya ia menjadi rezeki yang halal dan diberkati. Antara perkara-perkara yang wajib dijauhi ialah seperti terlibat dalam rasuah (sama ada memberi atau menerima,) berbohong, mengurangkan timbangan, berniaga dalam perkara yang dilarang (seperti arak,) terlibat dengan riba, mengumpul barang agar naik harga, sumpah palsu dan sebagainya.Penipuan dan kesalahan banyak berlaku dikalangan orang yang berniaga tanpa disedari yang mana ia adalah haram dari segi hukum dan inimenghalang keberkatan untuk turun, antara lain:


  • Peniaga yang menjual barang tiruan, tetapi ditulis barang asliterutamanya barang yang diimport  dari China dan Thailand.
  • Menyembunyikan kecacatan produk yang dijual.
  • Mencampur adukkan barang baik dan yang telah rosak supaya tidakdapat dikenali.
  • Menjual barang yang haram contohnya menjual rokok (merokok difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan)
  • Menipu dalam timbangan dan lain-lain

Terdapat pelbagai hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan perkara-perkara di atas. Antaranya:Hadis Rasulullah s.a.w
" Sesungguhnya para peniaga itu adalah orang-orang yang berdosa," mereka bertanya : "wahai Rasullulah, bukankah Allah telah menghalalkan jual-beli?" Jawab Baginda : "Ya, akan tetapi apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa, dan apabila berkata-kata, mereka berbohong."


PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 KALI KE-4

Hari ni cg zue gembira dan bersyukur kerana dapat berita kemenangan pertandingan ini. Walaupun tempat keenam tapi kira ok lah juga kerana pertandingan ini peringkat kebangsaan mesti banyak penyertaan.. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan pada blog cg zue.  Insyaallah cg zue akan terus menyumbang maklumat untuk subjek pp.


PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PENGAJIAN PERNIAGAAN 2012

Sekali lagi cg zue ingin memohon kerjasama dari semua guru-guru atau pelajar pengajian perniagaan dari seluruh negari untuk bersama-sama berkongsi soalan percubaan sekolah dan negeri masing-masing demi kebaikan kita bersama. Sila e-mailkan ke zubaidah09@hotmail.com. Tq.


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...