RANCANGAN PERNIAGAAN

Semua pelajar Pengajian Perniagaan dikehendaki menyediakan Rancangan Perniagaan yang boleh membantu mereka apabila tamat persekolahan dan berminat untuk memulakan perniagaan tidak kira besar atau kecil. bagi pelajar kelas UKM A tugasan perlu diserahkan kepada cikgu pada atau sebelum 29 Mac 2010. Jadi gunalah masa cuti ini dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan.

Apa itu Rancangan Perniagaan (Business Plan) ?

  1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
  2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan

Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

  1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran
Pelajar-pelajar boleh melihat contoh rancangan perniagaan di pautan bawah
a) RP- Salon Kecantikan

0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...