LATIHAN TARGET PENGAJIAN PERNIAGAAN SIRI 1

Soalan 1

KLIK SINI UNTUK SKEMA JAWAPAN SOALAN 1 DAN 2

Sebuah firma guaman, Salasiah & Associates bercadang untuk menambah bilangan peguam yang berpengalaman kerana mereka yakin dengan pertambahan ini bilangan kes yang diterima setiap hari akan meningkat. Peguam yang sedia ada tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan kes yang diterima dan ini menyebabkan firma ini menerima rungutan daripada pelanggannya. Faktor utama yang menetukan kejayaan ini adalah dari segi pertambahan bilangan kes yang diterima. Alternatif yang ingin dipertimbangkan serta pulangan yang mungkin bagi setiap alternatif seperti berikut :

Alternatif

Bilangan kes

Meningkat 15%

Meningkat 12%

Meningkat 5%

Tambah 20 orang

Tambah 10 orang

Tambah 5 orang

-RM20,000

RM65,000

RM0

RM47,000

RM35,000

-RM 5,000

RM75,000

RM55,000

RM15,000

Kebarangkalian

20%

50%

30%




Kos untuk melaksanakan keputusan untuk tambah 20 orang ialah RM3 000, kos menambah 10 orang ialah RM2 000 dan kos menambah 5 orang ialah RM1 000.

i) Bina pokok keputusan untuk menyelesaikan masalah di atas.

ii) Hitung nilai jangkaan setiap tidakan diatas.

iii) Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat tersebut. [12]


Soalan 2

Pemilik Syarikat guaman Basyirah & Associates sebuah firma guaman hartanah yang terkenal mendapati bilangan pelanggannya telah merosot. dengan menggunakan gambar rajah tulang ikan, terangkan proses yang dilakukan oleh pemilik untuk mengenal pasti masalah tersebut. [15]


0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...