Peringatan Terakhir Teknik Menjawab Soalan Pengajian Perniagaan 1

Pelajar perlu ingat bahawa soalan-soalan bagi Peperiksaan Pengajian Perniagaan Kertas 1 harus tepat, mempunyai visi yang cukup dan tersusun rapi.

Setiap jawapan perlu menepati 3 ciri bagi mendapat markah maksimum iaitu :

  • Tepat
  • Padat
  • Tersusun
Strategi Menjawab Bahagian A
  • Soalan dalam bahagian ini bertujuan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon terhadap prinsip atau sesuatu aspek pengurusan dan perniagaan.
  • Jawapan mesti tepat, ringkas dan padat
  • Arahan "Terangkan" atau "Berikan maksud" - calon perlu memberikan definisi dan penjelasan bagi sesuatu konsep atau istilah perniagaan.
  • Arahan "Senaraikan" atau "Nyatakan" - calon menyenaraikan atau memberikan fakta mengikut kehendak soalan
  • Arahan "Jelaskan" atau "Huraikan" - memerlukan fakta ,huaraian dan contoh ringkas berdasarkan kepada soalan
  • Lazimnya soalan yang dikemukan boleh berbentuk integrasi atau aplikasi. Lazimnya, soalan yang dikemukakan begini , calon dikehendaki menjawab dengan jelas, diiringiu dengan contoh sesuai.
Contoh soalan STPM.
Terangkan atau berikan maksud
STPM 2009 1(j)
Apakah yang dimaksudkan dengan pembuatan keputusan? [2]

Jelaskan atau huraikan
STPM 2009 1(g)
Jelaskan dengan ringkas kesan kepada emosi pekerja apabila tindakan hukuman dikenakan terhadap mereka. [3]

Senaraikan atau nyatakan
STPM 2009 1(f)
Nyatakan empat kaedah penetapan belanja promosi [2]

Bersambung kemudian strategi menjawab Bahagian B ..............


Selingan : Majlis Bacaan Yasin dan Mohon Restu - 31 Oktober 2010
Program berjalan lancar. Ramai waris dan pelajar hadir.

1 comments:

asslmualaikum cikgu,sy nak tnya soalan,bhagian A kn perlu jawab dgn tepat,ttp berbagai jenis buku dgn berbagai2 definisi ada di pasaran..mcm mnni ckg?buku apa yg prlu d rujuk?

-istimah-


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...