Kenapa Pelajar Gagal


mission statement 300x207 Kenapa Pelajar Gagal   Menetapkan Matlamat

Untuk berjaya dalam pelajaran di kelas, pelbagai matlamat hendaklah ditentukan dalam pelbagai aspek atau bidang pelajaran. Tindakan membuat pelbagai matlamat ini pula hendaklah dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil seperti matlamat dalam seminggu, sebulan atau enam bulan atau setahun. Usaha memecahkan matlamat sebegini memudahkan seseorang untuk mencapai matlamatnya. Kejayaan kecil yang diperoleh boleh menjadi landasan atau asas yang baik untuk memperoleh kejayaan yang lebih besar atau yang hakiki. Untuk berjaya dalam pelajaran, matlamat-matlamat yang tertentu mesti dibuat oleh pelajar dalam aspek subjek yang tertentu juga. Adalah menjadi satu kebaikan jika semua matlamat ini boleh dibahagikan kepada beberapa segmen masa yang tertentu seperti matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh seminggu, sebulan atau setahun. Pembahagian matlamat sebegini memudahkan pelajar untuk mengetahui pencapaian mereka dalam memperoleh matlamat pendidikan itu.

Tindakan sebegini juga membolehkan pelajar memperoleh kejayaan awal sebelum mendapatkan kejayaan yang lebih besar dalam matlamat pendidikan itu. Walau bagaimana pun matlamat yang ditentukan oleh pelajar semuanya akan memberi kesan kepada kehidupan pelajar itu seperti keutamaan belajar selama tiga jam sehari sudah pasti akan menjejaskan masa bersama-sama dengan kawan-kawan pula. Jika perasaan ini ini timbul, pelajar perlu sedar bahawa mereka harus mementingkan matlamat yang lebih besar yakni berjaya dalam pendidikan mereka.

Pada umumnya pelajar lebih mudah membahagikan matlamat mereka kepada tiga aspek utama yakni:

1) Matlamat jangka panjang

2) Matlamat jangka pendek

3) Matlamat jangka sederhana

Tidak kira apa matlamat yang telah ditentukan, pelajar harus bijak memilih matlamat yang bersesuaian dengan diri berdasarkan faktor masa dan kemampuan untuk mencapainya. Sikap menggunakan matlamat pelajar lain bukanlah sesuatu yang bijak kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan cara pembelajaran yang jauh berbeza. Sebaik sahaja pelajar sudah memilih matlamat tersebut, tentukan pula keutamaan-keutamaan yang perlu diberi perhatian. Sudah pasti keutamaan yang paling penting perlu mendapat perhatian yang paling banyak daripada diri pelajar tersebut.

Dalam masa yang sama pastikan juga setiap keutamaan penting itu diberikan tempoh masa yang bersesuaian supaya sejajar dengan tempoh untuk memperoleh matlamat yang sudah dipilih tersebut. Perlu diingati bahawa keutamaan yang paling penting harus diberi tempoh masa yang paling banyak untuk memastikan keutamaan itu berjaya dilaksanakan. Kadangkala akibat sesuatu keadaan yang tidak mampu dikawal oleh pelajar, sesuatu matlamat itu perlu berubah. Biasanya masalah peribadi seperti kecederaan fizikal, masalah keluarga dan sebagainya boleh menjejaskan penumpuan kea rah mencapai sesuatu objektif yang telah disusun oleh pelajar tersebut. Perubahan ini mungkin bukan dalam bentuk matlamat itu tetapi dalam aspek tempoh masa untuk mencapainya atau cara untuk memperolehnya pula.

mission 300x200 Kenapa Pelajar Gagal   Menetapkan Matlamat

Pelajar yang mampu membuat pelan matlamat mereka seolah-olah mempunyai satu panduan yang jelas tentang arah yang hendak mereka capai atau lalui terutama apabila perancangan matlamat mereka itu mengalami sedikit masalah atau terganggu. Perlu juga diingati disini bahawa setiap kejayaan yang dicapai baik kecil sekalipun perlulah dihargai dan diakui oleh pelajar itu. Kemampuan untuk menghargai kejayaan yang sebegini mampu memberikan batu lonjakan atau perangsang kepada pelajar untuk memperoleh kejayaan yang lebih baik pula pada masa hadapan.

(Dipetik dari E-Buku “Kenapa Pelajar Gagal“)

0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...