KEPUTUSAN STPM 2010 YANG MENGEMBIRAKAN

BUKIT MERTAJAM 21 Feb. - Menjadi pelajar yang hidup dalam serba kekurangan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi mengenangkan jerit perih bapa bekerja siang dan malam bagi menampung keperluan keluarga.

Namun, bagi Nor Wahida Mohd. Jamal, 20, kemiskinan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan malah menjadi pendorong kepadanya sehingga menjadi antara pelajar paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 Pulau Pinang.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti itu mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dengan memperoleh A bagi keempat-empat subjek yang diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

Nor Wahida berkata, ketabahan bapanya, Mohd. Jamal Mahmod, 46, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menyara keluarga memberi suntikan semangat kepadanya untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh.

"Ayah selalu kata jangan memilih untuk menjadi hidup susah sepertinya, ayah kata dia tidak mahu apa-apa daripada kami (adik-beradik), dia hanya minta kami belajar bersungguh-sungguh.

"Kata-kata ayah itu sering menjadi pendorong kepada saya untuk bekerja keras. Saya mahu membalas jasa ayah clan ibu yang bekerja siang clan malam untuk beri pelajaran kepada kami;' katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu yang bercita-cita menjadi seorang pakar psikologi menambah, walaupun jarang bertemu Mohd. Jamal yang bekerja secara syif, bapanya tidak pernah lupa untuk bertanya mengenai pelajarannya.

Selain itu, Nor Wahida memberitahu, ibunya, Suraya Ibrahim, 39, yang bekerja sambilan sebagai pengasuh kanak-kanak juga tidak pernah jemu memberi dorongan kepadanya dan adik lelakinya, Mohd. Firdaus, 16, supaya tekun belajar.

"Walaupun serba kekurangan, ayah selalu berkorban untuk anak-anak dan tidak pernah berkata 'tidak' jika kami ingin membeli keperluan pelajaran.
"Cuma ada kalanya lambat sedikit kerana pendapatan ayah tidak seberapa;' katanya yang kini bekerja sambilan di sebuah pasar mini, dekat sini.

*************************************************************************************

Tahniah kepada Nor Wahida semoga kejayaan ini akan memberi suntikan semangat dan dorongan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini Faktor kemiskinan bukan punca kegagalan sebaliknya anggaplah ia sebagai satu cabaran untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

*************************************************************************************

Cikgu juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada 10 orang pelajar SMKP yang berjaya memperolehi A dalam subjek Pengajian Perniagaan

Dari kelas Cikgu Zubaidah - UKM A
* Siti Hajar Abdul Talib
* Nur Fatehah Kamarudin
* Mohamad Firdaus Aziz
* Noor Hazimah Zainuddin

Dari Kelas Cikgu Anida - UPM A
* Nor Wahida Mohd Jamal
* Nurul Afifah

Dari Kelas Cikgu Rampawan - UUM A
* Nurul Amira
* Mohamad Hafiz
* Nor Shafinar Md Saleh
* Masturah Mardzuki


SENARAI PELAJAR CEMERLANG STPM SEKOLAH MENNENGAH KEBANGSAAN PENANTI 2010
  • NOR WAHIDA MOHD JAMAL 4.00
  • MOHAMAD HAFIZ HASSAN 3.75
  • NUR FATEHAH KAMARUDDIN 3.75
  • MOHAMAD HAFIZ OSMAN 3.67
  • NURUL AMNI AZIZAN 3.67
  • MUHAMAD RUSHDI MOHD MOKHTAR 3.67
  • NURUL AFIFAH ALI 3.59
  • NUR HASYIMAH HAMID 3.58
  • NURUL AMIRA ALI 3.50
  • SITI HAJAR ABDUL TALIB 3.50
  • MAS SYAHIRAH MOHAMAD AKHIR 3.50
  • FARAH LIYANA ABU OTHMAN 3.50
  • SITI HAJAR YUSOFF 3.50
  • NOOR HAZIMAH ZAINUDDIN 3.42

1 comments:

Tahniah Cikgu Zue serta barisan semua guru SMK Penanti ...:) Semoga akan terus berjaya dan berjaya lagi..


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...