Sebelum sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan, adalah penting bagi kita mengetahui sama ada cap dagangan tersebut boleh didaftarkan atau tidak.
Akta Cap Dagangan 1976 telah menggariskan beberapa ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan. Berikut disenaraikan ciri-ciri cap dagangan yang boleh didaftarkan:
Contoh: berdasarkan nama syarikat Maxis Berhad
2. Tandangan pemohon yang digunakan sebagai cap dagangan
Contoh: Nama Pemohon: JOHN HANCOCK LIFE INSURANCE COMPANY
3. Perkataan yang dicipta. Perkataan yang dicipta bermaksud perkataan yang tiada sebarang maksud di dalam mana-mana kamus.
Contoh: ADIDAS, NIKE, NINTENDO
Gabungan dua perkataan yang bukan dicipta tidak boleh dikira sebagai perkataan yang dicipta. Sebagai contoh perkataan ‘coffeemix’ tidak boleh dikira sebagai perkataan yang dicipta kerana ia terdiri dari dua perkataan yang sedia ada iaitu ‘coffee’ dan ‘mix’
Perkataan asing yang tidak diketahui akan maknanya oleh masyarakat tempatan boleh didaftarkan. Sebagai contoh perkataan KIKU di dalam bahasa jepun yang bermaksud chrysantemum boleh didaftarkan.
4. Perkataan yang tidak merujuk kepada kualiti atau sifat sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Sesuatu perkataan itu mestilah tidah merujuk kepada mana-mana aspek barangan atau perkhidmatan.
Contoh1 : ‘Citizen‘ untuk jam. Perkataan ‘Citizen’ tidak merujuk kepada kualiti atau sifat barangan jam. Maka ia boleh didaftarkan.
Contoh 2: Permohonan untuk mendaftarkan perkataan ‘Ayam Sedap’ untuk barangan ayam goreng tidak boleh diterima kerana perkataan ayam sedap merujuk kepada sifat barangan ayam goreng.
5. Perkataan yang tidak merujuk kepada nama sesuatu tempat seperti Kuala Lumpur, Seremban dan Selangor.
Walaubagaimanapun, sekiranya nama tempat tersebut tidak mempunyai kepentingan atau tidak wujud di tempat pendaftaran cap dagangan tersebut, maka ia berkemungkinan boleh didaftarkan.
Contoh: ‘Manhattan Fish Market’
Walaupun perkataan ‘Manhattan’ adalah merujuk kepada nama tempat, nama tempat tersebut tidak mempunyai kepentingan dan tidak wujud di Malaysia, maka ia boleh didaftarkan.
6. Mana-mana cap dagangan yang distinktif (unik)
Distinktif membawa maksud unik, berbeza dari yang lain dan mempunyai ciri-ciri yang unik.
Cap dagangan yang distinktif bermaksud cap dagangan yang dapat membezakan dari cap dagangan yang lain dalam kelas yang sama.
Contoh-contoh cap dagangan yang distinktif:
a) Logo:-
b) Cap dagangan komposit (Kombinasi logo dan perkataan):-
c) Potret Manusia (Menggunakan potret manusia yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia mestilah mendapat kebenarab dari tuan punya potret atau wakilnya:-
Sumber : http://www.zeralogies.com
0 comments:
Post a Comment