Menguasai Soalan Berbentuk Kajian Kes

Sudah sekian lama saya tak berpeluang untuk up date blog ini sebab sibuk menyiapkan modul kertas 1 dan juga memantau pelajar prinsip perakaunan dalam membuat tugasan kertas 3. Saya juga ingin berkongsi teknik menjawab soalan kajian kes kertas 1 memandangkan kemahiran dan kepakaran saya lebih kepada kertas 1 sebagai tenaga pengajar dan juga penglibatan dalam peperiksaan STPM K1.

Soalan yang berbentuk kajian kes pelajar perlu mengaitkan jawapan dengan kes yang diberikan. Pelajar kerap kehilangan markah yang banyak kerana kegagalan mengaitkan kes dengan hanya memberi jawapan yang umum sahaja. Memang senang nak score soalan kajian kes dan dalam masa yang sama senang juga untuk dapat 0 untuk soalan berbentuk ini. Di bawah ini saya sertakan contoh untuk para guru dan juga pelajar boleh memahirkan diri dalam menjawab soalan berbentuk sebegini.

Soalan. Faris bercadang untuk mengambil polisi insuran kebakaran untuk kedainya. Beliau telah berkunjung ke sebuah syarikat insuran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insuran yang akan dimasukinya. Menurut pegawai tersebut kedai yang ingin dinsurankan itu mestilah hak miliknya sendiri dan beliau akan mendapat kesan daripada kebakaran tersebut. Beliau juga perlu melaporkan semua maklumat yang benar seperti bahan mudah bakar yang terdapat dalam kedai beliau itu. Beliau juga dimaklumkan mengenai ganti rugi yang akan dibayar bergantung kepada nilai terendah antara polisi insuran dan nilai kerugian sebenar. (9 markah)

Berdasarkan kes di atas terangkan prinsip-prinsip insuran yang perlu dipatuhi oleh En Faris.

a) Prinsip 1 : ___________________________________________________
Penerang prinsip : _______________________________________________
___________________________________________________________
Kaitan kes : ___________________________________________________
___________________________________________________________

Jawapan lengkap
Fakta 1 : __________________________________________________
Huraian : __________________________________________________
Huraian terdiri daripada penerangan prinsip dan kaitan kes


b) Prinsip 2 : __________________________________________________
Penerang prinsip : _______________________________________________
___________________________________________________________
Kaitan kes : ___________________________________________________
___________________________________________________________

Jawapan lengkap
Fakta 2 : __________________________________________________
Huraian : __________________________________________________
(Huraian terdiri daripada penerangan prinsip dan kaitan kes


c) Prinsip 3 : ___________________________________________________
Penerang prinsip : _______________________________________________
____________________________________________________________
Kaitan kes : ___________________________________________________
___________________________________________________________

Jawapan lengkap
Fakta 3 : ___________________________________________________
Huraian : __________________________________________________
Huraian terdiri daripada penerangan prinsip dan kaitan kes


Pelajar bolehlah e-mailkan jawapan kepada saya zubaidah09@hotmail.com untuk memberi komen jawapan dan teknik menjawab yang tepat. Selamat mencuba.

****************************************************************************************

0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...