Modul Terbaru 'Pengeluaran'

Pelajar dan para guru boleh download modul ini sebagai sumber rujukan tambahan. Tajuk pengeluaran memerlukan pemahaman yang tinggi sebab ia melibatkan banyak konsep-konsep penting dalam perniagaan. Contohnya SPC, TQM, ISO, Merekayasa dan sebagainya

a) Perancangan
-lokasi kilang - calon perlu tahu kesemua faktor yang terlibat dalam penentuan lokasi. Calon juga perlu pandai mengaitkan faktor tersebut dengan jenis perniagaan yang diberikan. Contohnya bagi bengkel motosikal faktor pemilihan berbeza dengan syarikat memproses minyak sawit. Jadi perlu berhati-hati dalam menjawab soalan ini.

b) Susun atur kilang
- perlu memahami konsep ketiga-tiga susun atur iaitu tetap, proses dan produk. Kalau boleh pelajar juga boleh memberi gambarajah untuk menjawab soalan ini sekiranya diminta. oleh itu pelajar wajib juga mengetahui rajah bagi kesemua konsep ini. Jangan lupa contoh juga perlu spesifik contohnya bagi susun ataur tetap : cth : jambatan (salah) pembinaan jambatan (betul)

c) Kawalan Kualiti
- perlu pandai menghuraikan rajah SPC yang terdiri daripada had atas, had bawah dan titik tengah dan boleh mengintepretasikan titik-titik yang terdapat dalam SPC di dalam gambarajah atau diluar gambarajah. Setiap titik ini memberi maksud.



(Bersambung lagi dalam entry seterusnya)






Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...