Tokoh Usahawan Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pengunjung cgzue.blogspot.com,

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai tokoh usahawan yang sangat saya segani dan kagumi dimana saya pernah 2 kali mendengar ucapan dari beliau pertama ketika saya menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional di Johor dan kedua sewaktu majlis konvo suami di UUM tahun lepas dimana beliau merupakan salah seorang tokoh yang dianugerahkan Ijazah Kehormat dari UUM.

Ucapan beliau sangat memberi input kepada saya sebagai tenaga pengajar pengajian perniagaan mengenai suka duka dalam membangunkan Johor Corporation.sebuah syarikat yang berjaya di Malaysia.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim, mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, saya terjumpa biodata Tan Sri di blog beliau iaitu http://www.businessjihad.com/?page_id=6

MENGENAI TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM

Tan Sri Muhammad Ali Hashim merupakan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) dan telah menjadi CEO selama lebih 28 tahun (semenjak 1 Januari 1982).

Dalam tempoh tersebut, hasil usaha gigih barisan Intrapreneur JCorp (atau Usahawan Amanah JCorp) telah memangkinkan Kumpulan JCorp berkembang sebagai salah sebuah badan korporat utama di Malaysia yang menerajui pasaran dalam beberapa bisnes strategik (sila lihat mengenai JCorp).

Muhammad Ali juga merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Pengerusi Biro Korporat DPIM dan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad).

Waqaf An-Nur Corporation Berhad merupakan syarikat jaminan terhad yang bertanggungjawab bagi mengurus ekuiti JCorp dalam syarikat-syarikat tersenarainya yang telah diwaqafkan.

Pada 3 Ogos 2006, JCorp telah mewaqafkan saham bernilai RM200 juta (Nilai Aset Bersih) kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Ianya merupakan langkah pertama yang diambil dalam transformasi JCorp kepada “Perbadanan Waqaf” pertama di dunia, Insya Allah.

Pada 2007, JCorp telah sekali lagi mewaqafkan saham miliknya di dalam syarikat TPM Management Sdn Bhd yang memiliki premis membeli belah Larkin Sentral di Johor Bahru, bernilai RM50.3 juta (Nilai Aset Bersih). Larkin Sentral membentuk sejarah sebagai pusat membeli belah pertama yang diwaqafkan sekaligus meningkatkan nilai terkumpul Waqaf Korporat oleh JCorp menjadi RM250 juta.

Konsep Perbadanan Waqaf JCorp merupakan satu strategi dalam menjayakan misi korporatnya, “Jihad Bisnes”.

Personal Sharing oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim

0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...