PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)




LATAR BELAKANG


Program SDSI mula digerakkan dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) iaitu pada tahun 1992.Pada mulanya ia dikenali sebagai Program Satu Kampung Satu Produk (SKSP)mengambil ilham dari kejayaan Program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture,Jepun. SKSP mula dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan LuarBandar dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan pada masa itu dalam usaha membangunkan industri kecil-kecilan kraftangan dan produk-produk berasaskan makanan dan hasil pertanian.

Pada tahun 2002, kerajaan telah bersetuju Program SKSP diubah suai dengan nama Satu Kampung Satu Industri (SKSI) dan seterusnya pada tahun 2003 sekali lagi konsep ini diubah suai kepada Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dengan asas pembangunan dan matlamat yang lebih luas iaitu dari segi tenaga manusia dan sumber yang berdaya maju serta berdaya tahan.

Sebenarnya pelaksanaan program seumpama ini telah berjalan dengan baik dan mencapai kejayaan seperti OVOP di JEPUN, OTOP (One Tambun One Product) di Thailand yang pendekatannya untuk membasmi kemiskinan. Begitu juga di Filipina menerusi OTOP merupakan satu program yang diwujudkan oleh Kerajaan Filipina untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan tahap keusahawanan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Pada 8 Disember 2004, Jemaah Menteri memutuskan pelaksanaan Program SDSI diperkasakan dengan menubuhkan Jawatankuasa SDSI Peringkat Kebangsaan yang berperanan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan Program SDSI dan ICU JPM telah diberikan peranan sebagai penyelaras utama program ini.

Bagi memantap dan menggerakkan pelaksanaan Program SDSI dengan lebih berkesan, satu
Arahan Pelaksanaan Program Satu Daerah Satu Industri telah dikeluarkan sebagai satu
mekanisme untuk membantu jawatankuasa-jawatankuasa yang diwujudkan menjalankan peranan dengan secara yang lebih berkesan.

KONSEP SDSI

Program SDSI adalah berkonsepkan pembangunan satu atau dua produk/perkhidmatan beridentiti satu daerah dengan tujuan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

OBJEKTIF SDSI


Matlamat program ini bukan sekadar untuk mewujud atau melahirkan seberapa ramai
usahawan yang berjaya tetapi lebih jauh sasarannya iaitu:-

• Menambah peluang untuk meningkatkan pendapatan;
• Memperkukuh masyarakat setempat dengan aktiviti sosio-ekonomi yang berdaya maju;
• Mencipta identiti sesebuah daerah melalui satu atau dua produk/perkhidmatan yang
mempunyai nilai ekonomi serta boleh berdaya saing di peringkat nasional dan
antarabangsa.

CIRI-CIRI SDSI


1. Penggunaan sumber bahan tempatan secara ekonomik
2. Menyediakan peluang penambahan pendapatan

3. menyediakan peluang pekerjaan

4. Mewujudkan industri haluan dan hiliran
5. Penggunaan sumber tenaga belia yang optimum

0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...