Motivasi Pelajar Pra Universiti SMKP 29.07.2011

Bertempat di Makmal Komputer SMK Penanti satu program motivasi bersama bekas pelajar Pra U SMK Penanti yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UUM dalam jurusan Bachelor of International Affairs Management yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Amer Izzuddin B Abdul Rashid.


Beliau telah berkunjung ke sini untuk memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada adik-adik untuk bersedia dan berusaha dengan semaksimum mungkin untuk menghadapi peperiksaan STPM 2011 yang tinggal dalam masa beberapa bulan sahaja. Usaha yang berterusan perlulah ditunjukkan bagi menghadapi Peperiksaan Percubaan STPM pada 13 September ini. Selain dari Amer terdapat juga beberapa orang bekas pelajar Pra U turut serta dalam sesi perbincangan di akhir sesi. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka untuk memberi motivasi kepada adik-adik sangat dihargai oleh kami tenaga pengajar Pra U.

Gembira melihat kejayaan bekas pelajar kami yang sangat petah bercakap dan menjadi pemimpin pelajar yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Menurut mereka segala ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi di Pra U amat bermakna dalam melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat menara gading serta menjadikan mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pelajar-pelajar Pra-U yang ingin berhubung dengan Saudara Amer bolehlah gunakan maklumt di bawah
Amer Izzuddin B Abdul Rashid
President , Student Representative Council 2011/2012
Pejabat Majlis Perwakian Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman
H/P 017-4216375 / 019-4293923 Fax :04-928 4566

Email : s200218@student.uum.edu.my


Pelajar Pra U memberi perhatian dan respon sepanjang program


Bergambar kenangan bersama ex-student Pra-U yang berjaya

Minda cgzue: Kejayaaan ex-student ini bukti bahawa Pra U adalah tempat terbaik untuk pelajar menimba pengalaman sebagai seorang pemimpin dan juga membentuk pelajar yang holistik dalam pembangunan diri mereka.

0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...