Soalan Ramalan Sistem Modular : Bab 4

Huraikan lima faktor yang boleh mempengaruhi proses membuat keputusan oleh seorang pengurus dalam sebuah organisasi. (10m)

Jawapan
a) Tekanan luar
-  pihak engurusan selalu berdepan dengan pihak luar organisasi apabila membuat sesiuatu keputusan.
- keadaan ini boleh berlaku apabila wujud perubahan dasar dan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan bagi sesebuah negara.
- sebagai contoh - langkah penggabungan bank dan syarikat kewangan menyebabkan pengurus bank perlu membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan tenaga kerja atau memberhentikannya.

b) Kos yang dibelanjakan
- pihak pengurusan akan terus mengekalkan sesuatu keputusan yang akan dibuat jika pihak berkenaan telah membelanjakan wang yang banyak sebelumnya untuk membuat keputusan tersebut.
-hal ini menjadi lumrah sikap manusia untuk menolak sebarang perubahan yang berlaku jika usaha telah dilakukan dan kos telah ditanggung

c) Pengaruh kumpulan setara
- seseorang pengurus cenderung bergaul dengan kumpulan yang sama dengan kedudukannya atau lebih tinggi daripadanya.
- dalam persekitaran sosial ini, tidak mustahil golongan ini lebih mudh dipengaruhi oleh idea golongan yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang lebih rendah statusnya.
d) Sikap peribadi
- personaliti dan pandangan seseorang pengurus juga menjadi faktor kepada pembuatan sesuatu keputusan.
- sebagai contohnya, seseorang pengurus lebih suka mengupah pekerja baru yang sependapat atau sealiran dengannya.

e) Faktor masa
- Tempoh masa yang panjang membolehkan pengurus membuat keputusan dengan lebih teliti dan tepat kerana memunyai kesempatan untuk mengumpulkan maklumat yang banyak.
- Sebaliknya, jika tempoh masa adalah singkat, seseorang pengurus terpaksa membuat keputusan secara tergesa-gesa dan boleh mengakibatkan banyak kesilapan semasa membuat keputusan.

0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...