Selamat Bercuti Untuk Semua........


Setelah sekian lama tidak mengupdate blog hari ini tergerak untuk menjenguk blog untuk melihat perkembangan. Memang cg zue berhasrat untuk memuat turun bahan sama ada nota atau latihan bagi pelajar pp yang dikasihi tapi atas kekangan masa hasrat tersebut disimpan dulu. Maklumlah masa perlu dibahagikan antara tugas di sekolah, assigment dan juga menguruskan rumahtangga. Insyaallah untuk penggal 2 cg zue akan aktifkan blog ini semula.

Untuk hari ini bacalah artikel dibawah sebagai pengetahuan yang boleh cg2 selitkan dalam pp. Selamat bercuti untuk semua dan bagi yang menanda kertas jalankan tugas ini sebagai amanah ......



Peratuan Perniagaan dalam Islam

Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk berniaga supaya ia menjadi rezeki yang halal dan diberkati. Antara perkara-perkara yang wajib dijauhi ialah seperti terlibat dalam rasuah (sama ada memberi atau menerima,) berbohong, mengurangkan timbangan, berniaga dalam perkara yang dilarang (seperti arak,) terlibat dengan riba, mengumpul barang agar naik harga, sumpah palsu dan sebagainya.Penipuan dan kesalahan banyak berlaku dikalangan orang yang berniaga tanpa disedari yang mana ia adalah haram dari segi hukum dan inimenghalang keberkatan untuk turun, antara lain:


  • Peniaga yang menjual barang tiruan, tetapi ditulis barang asliterutamanya barang yang diimport  dari China dan Thailand.
  • Menyembunyikan kecacatan produk yang dijual.
  • Mencampur adukkan barang baik dan yang telah rosak supaya tidakdapat dikenali.
  • Menjual barang yang haram contohnya menjual rokok (merokok difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan)
  • Menipu dalam timbangan dan lain-lain

Terdapat pelbagai hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan perkara-perkara di atas. Antaranya:Hadis Rasulullah s.a.w
" Sesungguhnya para peniaga itu adalah orang-orang yang berdosa," mereka bertanya : "wahai Rasullulah, bukankah Allah telah menghalalkan jual-beli?" Jawab Baginda : "Ya, akan tetapi apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa, dan apabila berkata-kata, mereka berbohong."


1 comments:

good info.
visit my blog:
pertanian | perikanan | perniagaan | sumber pendapatan sampingan
http://nabilagro.blogspot.com


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...