Setelah sekian lama tidak mengupdate blog hari ini tergerak untuk menjenguk blog untuk melihat perkembangan. Memang cg zue berhasrat untuk memuat turun bahan sama ada nota atau latihan bagi pelajar pp yang dikasihi tapi atas kekangan masa hasrat tersebut disimpan dulu. Maklumlah masa perlu dibahagikan antara tugas di sekolah, assigment dan juga menguruskan rumahtangga. Insyaallah untuk penggal 2 cg zue akan aktifkan blog ini semula.
Untuk hari ini bacalah artikel dibawah sebagai pengetahuan yang boleh cg2 selitkan dalam pp. Selamat bercuti untuk semua dan bagi yang menanda kertas jalankan tugas ini sebagai amanah ......
Peratuan Perniagaan dalam Islam
Islam telah menggariskan beberapa
peraturan untuk berniaga supaya ia menjadi rezeki yang halal dan diberkati.
Antara perkara-perkara yang wajib dijauhi ialah seperti terlibat dalam rasuah
(sama ada memberi atau menerima,) berbohong, mengurangkan timbangan, berniaga
dalam perkara yang dilarang (seperti arak,)
terlibat dengan riba, mengumpul barang agar naik harga, sumpah palsu dan
sebagainya.Penipuan dan kesalahan banyak berlaku dikalangan orang yang berniaga tanpa disedari yang mana ia adalah haram dari segi
hukum dan inimenghalang keberkatan untuk turun, antara lain:
- Peniaga yang menjual barang tiruan, tetapi ditulis barang asliterutamanya barang yang diimport dari China dan Thailand.
- Menyembunyikan kecacatan produk yang dijual.
- Mencampur adukkan barang baik dan yang telah rosak supaya tidakdapat dikenali.
- Menjual barang yang haram contohnya menjual rokok (merokok difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan)
- Menipu dalam timbangan dan lain-lain
Terdapat pelbagai hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan perkara-perkara di atas. Antaranya:Hadis
Rasulullah s.a.w
" Sesungguhnya para peniaga itu adalah orang-orang yang berdosa," mereka bertanya : "wahai Rasullulah, bukankah Allah telah menghalalkan jual-beli?" Jawab Baginda : "Ya, akan tetapi apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa, dan apabila berkata-kata, mereka berbohong."
1 comments:
good info.
visit my blog:
pertanian | perikanan | perniagaan | sumber pendapatan sampingan
http://nabilagro.blogspot.com
Post a Comment