Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Pengajian Perniagaan Ilmu Keusahawanan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.


Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

SOAL SELIDIK

Guru-guru prauniversiti yang mengunjungi blog cg zue diharap dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik bagi penyelidikan master cg zue  yang berjudul PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM KALANGAN GURU PRAUNIVERSITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (Cth we 2.0 blog, facebook, twitter, slideshare, wikes, podcast, slideshare dsb)
Segala maklumat yang diberi adalah SULIT dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Ucapan jutaan terima kasih dari saya atas sokongan yang diberikan.  
(klik link dibawah untuk menjawab)


EKSPO PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2013

Masih tak terlambat untuk cg zue kongsi cerita menyertaan cg zue dalam ekspo ini yang diadakan pada 20-22 September 2013  di Universiti Perguruan Sulatan Idris, Tanjung Malim, Perak. Terdapat 256 penyertaan yang terdiri daripada pensyarah universiti, IPG, badan kerajaan dari dalam dan luar negara. Ekspo ini terbuka kepada dua bahagian iaitu educational category dan no-educational category. Memang dapat banyak input yang berguna terutamanya berkaitan dengan p&p. 

Cg Zue bersama seorang guru pelatih dan tiga orang pelajar tingkaran enam atas cuba buat inovasi pembelajaran pengajian perniagaan tanpa guru menggunakan teknologi (e-learning) yang di beri nama Miracle Click. Mendapat feedback yang positif dari pengunjung tapi masih perlu membuat sedikit pemurnian untuk memantapkan lagi inovasi ini. Cuma ada dua sahaja penyertaan dari guru tingkatan enam satu untuk subjek bahasa melayu dan satu lagi kumpulan cg zue. Kalau cg-cg prau berpeluang bolehlah join program seumpama ini memang best dan dapat banyak sangat idea-idea baru berkaitan dengan pendidikan. Di sini cg zue kongsi gambar booth cg zue yea ..... tengok-tengoklah.


                   Booth kami no 80 bahan pameran untuk Miracle Click

Antara peserta yang mengambil bahagian


 Guru dan pelajar SMK Penanti yang join sama

 Ketua Kumpulan, Khairul Anwar yang sangat komited bersama
Shikin Ishak dan Shikin Rosli




KEPUTUSAN STPM 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2012 akan di umumkan pada 18 Mac 2013 mulai jam 12.00 tengah hari. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan STPM di sekolah masing-masing manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Untuk semak melalui SMS, taip STPM Result [No. K/P] dan hantar ke 15888.
Cth STPM RESULT 930405111111 sms ke 15888

Keputusan secara online di http://webmpm.mpm.edu.my/stpm/ mulai jam 12:00 tengah hari tarikh yang sama


Walau apa pun keputusan terimalah dengan hati yang terbuka .....
 

Bengkel PP bersama Cikgu Raja Iskandar

Cuti yang lepas pelajar PraU SMK Penanti telah bergabung dengan SMK Teknik Seberang Perai mengadakan Program Teknik Menjawab STPM bagi semua subjek. Cg zue berpeluang untuk turut sama dalam slot Pengajian Perniagaan bersama dengan Cg Raja. Memang best bengkel Cg Raja telah menghidupkan suasana dengan nasihat dan panduan yang amat berguna. Kalau Cikgu Azly dengan Program Teknik Memori , Cg Raja pula dengan Program Teknik Emas. Kedua-dua teknik ini memang best dan boleh digunakan dalam pp. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua guru PP ini yang sangat dedikasi dan tidak kedekut ilmu. Semoga mereka terus akan membantu pengajar dan pelajar pp dengan idea-idea yang baru dan berkesan.

Pelajar SMK Penanti dan SM Teknik Seberang Perai 

 Tenaga pengajar PP yang sentiasa bersama. Cg Anida, Cg Norida (Ketua Unit PP) dan Cg Zue
 Bengkel PP bersama Cg Raja
 Cg Raja memberi penerangan tentang Program Emas

 Pelajar kelas Cg Zue , Amirul, Nizam dan Khairi (duduk depan sekali)

SELAMAT HARI GURU .....

Kesempatan ini cg zue ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK .....
...seorang guru hadirnya ditunggu, hilangnya dirindui, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru...GURU BERJASA , PELAJAR BERJAYA. Semoga terus gemilang dalam dunia pendidikan ....

Baju Batik PraU SMK Penanti

Baju Batik Pra U
Tahun ini pelajar PraU dapat memakai baju batik mereka sendiri pada setiap hari khamis. Terima kasih kepada mantan pengetua Pn Hjh Siti Ajar Man atas sokongan yang beliau berikan pada pengurusan tingkatan enam dan ini merupakan idea beliau. Beliau sentiasa menyokong dan mengambil bahagian dalam program yang kami anjurkan itulah membolehkan kami senang bekerja dibawahnya walaupun beliau seorang yang tegas.

 Pn Hajah Siti Ajar Man bersara pada 17 April 2012




BENGKEL TEKNIK MEMORI DALAM PEMBELAJARAN PP BERSAMA CG AZLY

BENGKEL TEKNIK MEMORI DALAM PEMBELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
ANJURAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
3 MAC 2012
8.30 PG - 4.30 PTG
Perkenalan di alam maya akhirnya dapat juga bertemu secara live dengan cg azly. Walaupun program ini dianjurkan oleh SMK Teknik tapi dapat juga kami tenaga pengajar PP dari SMK Penanti turut serta untuk bersama mendapat perkongsian ilmu daripada cg azly. Banyak maklumat juga yang kami dapat ... seriously perkongsian ilmu sangat berguna kerana kami dapat bertukar-tukar idea dan dapat mengenal pasti teknik-teknik pengajaran dan kaedah yang digunakan dalam P&P. Terima kasih cg azly atas usaha murni memberi input berguna kepada pelajar dan guru.

Program dibahagikan kepada tiga slot
Slot pertama : Motivasi diri dan teknik memori 
Slot kedua : Teknik menjawab peperiksaan dengan berkesan
Slot ketiga : Aplikasi teknik memori dalam pembelajaran secara koperatif

Slot Pertama
       Kami bertiga duduk di belakang
Slot Kedua : Pembelajaran Koperatif
Bergambar kenangan tenaga pengajar  PP SMK Penanti dan Cg Azly

KARNIVAL JOM MASUK U KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2012



karnival Jom Masuk U 2012
Seperti tahun sebelumnya, tahun 2012 ini Karnival Pengajian tinggi Negara atau Jom Masuk U akan diadakan mengikut zon-zon seluruh Malaysia bermula Januari sehingga Mac 2012.
Karnival ini diadakan khusus untuk membantu lepasan peperiksaan Awam Malaysia untuk mendapatkan lebih maklumat berkaitan institusi pengajian tinggi yang ada Di Malaysia dengan pengunjung sendiri dapat berkomunikasi terus dengan staff universiti/ kolej yang diminati. Maklu maklumat yang diperolehi juga adalah lebih tepat dan bersesuaian dengan pilihan nanti.

Aktiviti Yang Berlangsung Di Jom Masuk U

  • Pameran Pendidikan
  • Informasi kemasukan
  • Cabutan Bertuah
  • Seminar Pengajian TInggi
  • Seminar Sehari Bersama Pemimpin Masyarakat
  • Khidmat Kaunseling Institusi
  • Permohonan Aplikasi Dalam Talian
  • Semak syarat kelayakan
**Bagi yang bermasalah untuk mengisi permohonan UPU 2012 ini bolehlah cuba mengisi permohonan UPU fasa 2 nanti sambil di tunjukkan oleh instructor yang ada disana nanti. Hal ini membolehkan sebarang masalah boleh ditanya dan dibantu.

Tarikh dan Tempat Pelaksanaan Jom Masuk U 2012

Negeri Tempat Tarikh
Pahang Sultan Ahmad Shah International Convention Center ( sasicc ) 14-15 Januari
Terengganu Terengganu Trade Center ( TTC ) 28-29 januari
Kedah Perkarangan Stadium Darul Aman 4-5 Febuari
Sabah Suria Sabah shopping Mall, Kota Kinabalu 11-12 Febuari
Pulau Pinang Sunway Convention Center, Seberang Jaya 18-19 Febuari
Kelantan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota bharu 25-26 Febuari
Negeri Sembilan/ Melaka Port Dickson 3-4 Mac
Sarawak Permata Exhibition Mall, Kuching 10-11 Mac
Perak Kuala Kangsar 17-18 Mac
Johor PERSADA, Johor Bahru 24-25 Mac
Selangor MINES International exhibition center, Seri Kembangan 31-1 April
**Masa : 9.00 pagi – 6.00 Petang ( semenanjung Malaysia ) Bagi sabah dan serawak pula 8.30 Pagi – 5.30 Petang

MASUK ADALAH PERCUMA

Rahsia Surah Al-Kautsar

Cg zue saja aje post kan entri ni sebagai perkongsian ilmu sebagai amalan dalam kehidupan seharian ... insyaaalah.



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat... & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Soalan Percubaan Pengajian Peniagaan STPM 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada tahun ini cg zue ingin meneruskan usaha untuk mengumpul soalan-soalan percubaan sekolah dan setiap negeri bagi tahun 2011. Kejayaan tahun lepas dalam pengumpulan soalan-soalan ini mendapat kerjasama daripada guru-guru yang prihatin. Cg zue ucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang sudi menyumbangkan soalan-soalan percubaan negeri masing-masing untuk dikongsi bersama pada tahun ini.

Emailkan kepada cgzue : zubaidah09@hotmail.com


Motivasi Pelajar Pra Universiti SMKP 29.07.2011

Bertempat di Makmal Komputer SMK Penanti satu program motivasi bersama bekas pelajar Pra U SMK Penanti yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UUM dalam jurusan Bachelor of International Affairs Management yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Amer Izzuddin B Abdul Rashid.

Beliau telah berkunjung ke sini untuk memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada adik-adik untuk bersedia dan berusaha dengan semaksimum mungkin untuk menghadapi peperiksaan STPM 2011 yang tinggal dalam masa beberapa bulan sahaja. Usaha yang berterusan perlulah ditunjukkan bagi menghadapi Peperiksaan Percubaan STPM pada 13 September ini. Selain dari Amer terdapat juga beberapa orang bekas pelajar Pra U turut serta dalam sesi perbincangan di akhir sesi. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka untuk memberi motivasi kepada adik-adik sangat dihargai oleh kami tenaga pengajar Pra U.

Gembira melihat kejayaan bekas pelajar kami yang sangat petah bercakap dan menjadi pemimpin pelajar yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Menurut mereka segala ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi di Pra U amat bermakna dalam melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat menara gading serta menjadikan mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pelajar-pelajar Pra-U yang ingin berhubung dengan Saudara Amer bolehlah gunakan maklumt di bawah
Amer Izzuddin B Abdul Rashid
President , Student Representative Council 2011/2012
Pejabat Majlis Perwakian Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman
H/P 017-4216375 / 019-4293923 Fax :04-928 4566

Email : s200218@student.uum.edu.my


Pelajar Pra U memberi perhatian dan respon sepanjang program


Bergambar kenangan bersama ex-student Pra-U yang berjaya

Minda cgzue: Kejayaaan ex-student ini bukti bahawa Pra U adalah tempat terbaik untuk pelajar menimba pengalaman sebagai seorang pemimpin dan juga membentuk pelajar yang holistik dalam pembangunan diri mereka.

Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah 28/5/2011

Selamat Hari Guru 2011 buat semua rakan seperjuangan. Semoga segala perjuangan kita selama ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah jua. Guru Berjasa Pelajar Berjaya” Syabas semua!

Education is a life-long process. All over the world the teaching profession is the SHINING STAR. Sebagai seorang pendidik Hari Guru merupakan hari yang sangat istimewa. Sekolah kami sambutan hari ini selepas exam berakhir kelmarin. Sambutan di sekolah bagi pandangan saya agak meriah dengan persembahan, jamuan dan acara sukaneka memang best. Acara yang ditunggu ialah penyampaian anugerah mengalahkan Grammy Award bermacam kategori diperkenalkan ... penulisan buku rekod terbaik, kehadiran penuh, guru dedikasi, pencapaian 100% SPM.... macam-macam lagi. Ni semua idea pengetua cemerlang kami lah....

Ini merupakan tahun terakhir pengetua sambut hari guru bersama memandangkan beliau akan pencen April tahun depan. Tapi sumbangan beliau pada kami dan sekolah memang tak dapat dikira .... itulah dikatakan pengetua cemerlang.

Ceh ... nak habaqlah juga cgzue dapat dua anugerah tau satu untuk Anugerah Pencapaian 100% Subjek Prinsip Perakaunan dan satu lagi Anugerah Lonjakan Saujana untuk Subjek Prinsip Perakaunan. Ooops lupa satu lagi Anugerah untuk Lonjakan Saujana Subjek Pengajian Perniagaan anugerah ni share dengan team panitia pengajian perniagaan. Kira seronoklah juga penat lelah kita diiktiraf walaupun sijil diperingkat sekolah aje ....

Layanlah yea gambar-gambar dibawah ....

Terima sijil daripada Pengetua Cemerlang
untuk Pencapaian 100% subjek Prinsip Perakaunan
dan Lonjakan Saujana subjek Prinsip Perakaunan juga

Terima kasih kepada Ketua Panitia PP kami yang tersayang Kak Norida
dan pelajar-pelajar atas pemberian hadiah dan bunga.

Rakan seperjuangan terbaik geng bilik guru belakang sama-sama berkongsi kegembiraan
dan kesedihan

Minda cgzue : Sebenarnya bagi seorang pendidik hadiah yang paling paling berharga ialah kejayaan anak didik bukannya wang ringgit. Menitis air mata apabila melihat anak didik berjaya dalam kehidupan hasil daripada didikan kita ... emosionallah pulak.Terima kasih guru ku kerana mendidik ku sehingga menjadi insan yang berjaya .... Ok that all jumpa lagi cerita seterusnya KEM MUTIARA GEMILANG 28,29 dan 30 Mei 2011.


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...