ISO ( International Organisation for Standardisation)



Pengenalan ISO

Pengertian

ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Di Malaysia, Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini. ISO 9000 pula adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Kualiti

Kualiti dalam ISO 9000 boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan. Pelangganlah yang bertanggungjawab menilai samada perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri yang mereka tetapkan. Oleh itu, kualiti bermakna memenuhi kehendak pelanggan.

APA ITU ISO?

  • ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION.
  • Organisasi ini adalah sebuah badan bersekutu yang mengabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negeri masing-masing.
  • Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. ISO 9000 kini digunakan lebih dari 150 buah negara di dunia.
  • Laman web ISO :http://www.iso.ch/iso/en/ISOOnline.frontpage

APA MAKSUD ISO 9000?

  • ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.
  • Kualiti dalam ISO boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan.
  • Piawai ISO diperlukan untuk menghasilkan keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan, selamat, bersih dan berkualiti.

KELUARGA ISO

  • ISO 9000:2000 merujuk kepada garis panduan am.
  • ISO 9001:2000 merujuk kepada sistem pengurusan kualiti.
  • ISO 9004:2000 merujuk kepada penambahbaikan pengurusan kualiti.
  • ISO 19011:2000 merujuk kepada pengurusan kualiti dan Audit Persekitaran.
  • ISO 14000 yang merujuk kepada sistem pengurusan kualiti alam sekitar.

KENAPA PERLU SIJIL ISO?

Sistem Pengurusan Kualit i ISO memberi penekanan terhadap:

  • Pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku.
  • Kajian semula yang berterusan keatas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan
  • Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali
  • Perlaksaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan;
  • Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakah yang telah dilaksanakan

PRINSIP-PRINSIP ISO 9000

  • ISO 9000 adalah standard bagi sistem kualiti. Ia bukan standard untuk produk atau perkhidmatan yang dihasilkan.
  • ISO 9000 berasaskan dokumentasi. Dokumen apa yang dibuat, buat apa yang di dokumenkan dan buktikan.
  • ISO 9000 menekankan pencegahan.
  • ISO 9000 adalah satu standard universal. Ia hanya menerangkan apa yang diperlukan tetapi tidak menjelaskan bagaimana hendak membuatnya.

Sijil ISO 9000 diberikan apabila organisasi tersebut membuktikan proses yang dilaksanakan mengikut piawai yang telah ditetapkan. Ianya boleh ditarik balik jika sistem pengurusan kualiti tidak diamal dan tidak dijadikan budaya kerja secara berterusan. Untuk tujuan tersebut, badan pengiktirafan akan membuat pemantauan dan pemeriksaan pada setiap tahun.

FAEDAH ISO 9000

  • Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana staf dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap.
  • Membolehkan organisasi mengenal pasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu di ambil.
  • Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja.
  • Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya.
  • Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.

3 comments:

EFR Certification Services Sdn Bhd

We are specialized agent for certifications services and consultant that give the best standard such as ISO9001:2015,
OHSAS 18001:2007, ISO 13485, ISO 22000, ISO 14001:2015, ISO 27001, ISO/TR 16949, ISO/TS 29001,
ISO 50001, MS 1900, MS 1514 (GDP), MS 1480 (HACCP) & GDPMD.

If your company need one of the above certificates, we are please to recommended and negotiate and also deal with the Certificates Body ( accredited by Department of Standard Malaysia) and Consultant that will help you prepare, repair and build your company documentations and preparations for auditing phases.

Our accredited Certification Bodies and consultant also are the panel of MARA, so for those BUMIPUTERA status company are qualified to apply under MARA Grant.

It would ease the procedure, cost and documentation of certificates .

Please Contact : 0183630629 / 03-55247177 (Noorhaliza) @ drop your email at efrcert2016@gmail.com

Selain itu kami juga menyediakan Kursus Intrepetasi HACCP, Kursus Intrepetasi GMP dan Persijilan Halal bagi usahawan kecil dan baru yang baru ingin berniaga.

Kursus ini bertujuan agar para pengusaha dan usahawan mempunyai basic knowledge atau pendedahan terharap apa itu sijil GMP, HALAL dan HACCP dan apa kelebihan dan keperluan syarikat yang mempunyai sijil ini.

Para usahawan BUMIPUTERA layak untuk memohon mengikuti Kursus kursus ini di bawah tajaan MARA.

Untuk yang bukan BUMIPUTERA , kami juga ada menawarkan harga yang berpatutan untuk mendapatkan sijil sijil diatas.

My cousin recommended this blog and she was totally right keep up the fantastic work!

iso 9000 malaysia


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...