Seperti tahun-tahun sebelumnya Panita Pengajian Pernigaan telah mengadakan lawatan keusahawanan ke HPA Industries (M) Sdn Bhd pada 14 Mac 2011. Seramai 40 orang pelajar mengikuti lawatan ini yang di pilih berdasarkan TOV tertinggi dan semua guru-guru pengajian perniagaan Pn Zubaidah (Ketua Rombongan), Pn Anida dan Pn Che Rampawan. Tidak lupa juga PK Ko-Ko Pn Zuhriyah pun join jugak. Malangnya Puan Norida Ketua Panitia kami yang sporting tidak dapat join last minute sebab ibunya sakit .... alhamdullilah ibunya sihat sekarang.
Perjalanan kami bermula seawal 5.30 pagi, dimana pelajar perlu berkumpul di hadapan pondok guard. Sekalung tahniah kepada pelajar Pengajian Perniagaan tahun ini kerana menepati masa dan memakai pakaian yang lengkap seperti yang diarahkan dalam taklimat. Kami berhenti sembahyang di Masjid Bertam.
Kami meneruskan perjalanan ke Perlis dan sampai di Kilang Kapsul HPA di Arau tepat pukul 9.00 pagi seperti yang dijanjikan. Kami di beri taklimat oleh Pengurus Kilang dan kemudian di bawa masuk melawat kawasan kilang. Satu pengalaman yang amat baik bagi pelajar kerana mereka boleh lihat sendiri teori yang di belajar khususnya dalam tajuk Pengeluaran. Selama ni kita dok terang kat kelas depa tak nampak tapi bila tengok secara life barulah betul-betul faham. Kami juga dijamu dengan air kopi radix memang banyak sampai boleh ditapau atas bas ....
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kilang Kopi Radix di Kuala Perlis dan sampai di sana lebih kurang pukul 11.45 pagi. Kilang ini agak kecil berbanding dengan kilang kapsul kerana kilang ini menggunakan konsep perniagaan huluan dan hilirin. Semua bahan mentah didapati daripada pengilang lain dan mereka hanya melakukan proses mengadun dan ditambah dengan herba serta akhirnya proses pembungkusan. Kami juga dapat cenderamata 2 pek kopi radix dan sekali lagi dijamu air kopi radix.
Destinasi terakhir kami ialah ke Padang Besar untuk melakukan aktiviti kajian perniagaan bumiputera disana ... Kami sampai tepat pukul 2.30 petang dan pelajar diberi masa sehingga pukul 5.00 petang. Tak lupa juga ada yang ambil kesempatan untuk shopping bukannya selalu pergi ... Lastly kami pun balik singgah di gurun untuk sembahyang serta makan dan sampai sekolah tepat pukul 9.00 malam .... Tengok pelajar semua memang letih tapi memang lawatan yang the best .... bermaklumat dan enjoy ... Next year nak pi mana yea???? Tahun lepas we all ke Kilang Sunquick dan Penang Port ....
Terima kasih kepada semua pelajar kerana tidak memberi sebarang masalah sepanjang lawatan dan menepati masa disetiap destinasi ... Harapan cikgu agar semua pelajar SMKP dapat score pp dengan cemerlang tahun ni ... yang tak berpeluang ikut tanyalah-tanyalah ilmu kat kawan-kawan yang join .... one more thing jangan lupa yea hantar laporan untuk Pertandingan Menulis Laporan Lawatan ada hadiah lumayan menanti anda.
Gambar-gambar sekitar lawatan
0 comments:
Post a Comment