Teknik Menjawab Soalan : Proses Perniagaan PP 1

Soalan

Jelaskan lima langkah proses perniagaan yang mengeluarkan kemeja-t [15]

Skema Jawapan

(i) Menyediakan input ( 1m)

§ Input ialah faktor-faktor pengeluaran digunakan untuk menghasilkan keluaran tanah, buruh modal dan keusahawanan.( 1m)

§ Faktor-faktor pengeluaran yang menggunakan - bahan-bahan mentah seperti kain, pereka dan mesin jahit ( 1m)

(ii) Transformasi ( 1m)

§ Aktiviti tambah nilai dlm proses pengeluaran – input digunakan untuk pengeluaran memproses kemeja t-sukan( 1m)

§ input ditukarkan kepada kemeja-t dengan menggunakan tenaga kerja yang mahir / penggunaan bahan dan teknologi dalam pengeluran kemeja-t(1m)

(iii) Output ( 1m)

§ Memastikan hasil pengeluran menepati ciri-ciri kemeja-t sukan yg dikehendaki oleh pelanggan.( 1m)

§ pemasar akan menjalankan fungi untuk mewujudkan ciri-ciri ketara spt warna, jenis kain dan juga ciri tidak ketara spt jaminan (1m)

(iv) Proses pemasaran ( 1m)

§ Urusniaga diantara pengeluar dengan pelanggan-pihak sasaran pelanggan, organisasi sukan dan sekolah.( 1m)

§ terdapat empat proses pemasaran iaitu mengkaji peluang pemasarn, memilih pasaran sasaran, membentuk campuran pemasaran dan mengurus aktiviti pemasaran. [1m]

(v) Untung ( 1m )

§ Diperoleh apabila terdapat lebihan hasil ke atas kos pengeluaran( 1m)

§ perniagaan ini boleh menggunakan keuntungan untuk membangunkan perniagaan pengeluaran kemeja-t seperti membesarkan operasi / menambah stok kemeja-t untuk meningkatkan jualan dimasa depan. (1m)

Huraian umum tidak diterima perlu dikaitkan dengan kemeja-t.

Huraian umum markah untuk fakta sahaja

Fakta = 1m Huraian = 2m

5 isi X 3markah = 15 markah (Setiap point = 3m)

Pesanan cgzue : Pelajar boleh menggunakan skema ini untuk menjawab apa sahaja bentuk proses perniagaan dan sesuaikan mengikut produk yang diberikan




0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...