BAHAGIAN A (STRUKTUR)
(a) Terangkan maksud proses tambah nilai [2]
(b) Nyatakan dua cabaran perniagaan pada masa depan. [2]
(c) Berikan perbezaan antara barangan dan perkhidmatan [2]
(d) Apakah yang membezakan syarikat barangan pengguna daripada syarikat
barangan industri?[3]
(e) Jelaskan tiga klasifikasi barangan mudah beli. [3]
(f) Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi pengguna disebabkan faktor
demografi. [3]
(g) Senaraikan empat langkah dalam mengembangkan komunikasi yang berkesan. [2]
(h) Nyatakan kelebihan Sistem Inventori Sifar (Just in Time – JIT) dalam pengurusan
inventori. [2]
(i) Apakah itu ISO 9000 ((International Organisation for Standardisation) dan mengapa organisasi memerlukan standard ini?(3m)
Pesanan cgzue: Cuba jawab dengan sendiri kemudian rujuk dengan skema jawapan dibawah.

Skema Jawapan
| (a) | Terangkan maksud proses tambah nilai - Proses yang melibatkan input, transformasi dan output (1m)
- yang menyebabkan nilai sesuatu produk asal ditingkatkan sebelum dipasarkan. (1m)
| (2m) |
| (b) | Nyatakan dua cabaran perniagaan pada masa depan. - Kekurangan sumber tenaga yang semakin ketara maka perlukan inovas dan kreativiti yang tinggi / meningkatkan produktiviti
- Pentingnya perniagaan diperingkat antarabangsa / Globalisasi / Dunia tanpa sempadan
- Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, tekanan desakan NGO, kerajaan , pihak berkepentingan.
- Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita di pasaran.
- Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, persaingan sengit.
F/H = 1m [2 fakta pertama = 2m] | (2m) |
| (c) | Berikan perbezaan antara barangan dan perkhidmatan - Reka bentuk fizikal ( ½ m) – boleh disentuh terdiri daripada barang siap dan barang separuh siap ( ½ m)
- Barang tidak nampak ( ½ m) – memenuhi kepuasan pelanggan ( ½m)
| (2m) |
| (d) | Apakah yang membezakan syarikat barangan pengguna daripada syarikat barangan industri? - Syarikat barang pengguna – mengeluarkan barangan untuk terus digunakan oleh pengguna (1m) contoh sabun, buku, baju dll cth relevan ( ½m)
- Syarikat barangan industri – mengeluarkan barangan untuk dijual kepada pengeluar lain (1m) contoh tayar, kayu dll cth releven ( ½ m)
| (3m) |
| (e) | Jelaskan tiga klasfikasi barangan mudah beli. - Barangan asas ( ½ m) – barangan keperluan hariann yang selalu dibeli dan jenama yg sesuai telah diketahui ( ½ m)
- Barangan kecemasan ( ½ m) – barangan yang dibeli dalam keadaan yang memaksa atau tdak diduga ( ½ m)
- Barangan gerak hati ( ½ m) – barangan dibeli tanpa perancangan awal tetapi tertarik oleh faktor-faktor tertentu ( ½ m)
| (3m) |
| (f) | Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi pengguna disebabkan faktor demografi. - Umur ( ½ m) – bergantung kepada usia seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa ( ½ m)
- Bangsa ( ½ m) – kaum yang berbeza mempunyai gelagat yang berbeza ( ½ m)
- Jantina ( ½ m) – gelagat kaum lelaki berbeza dengan kaum wanita ( 1/2 m)
| (3m) |
| (g) | Senaraikan empat langkah dalam mengembangkan komunikasi yang berkesan. - Mengenalpasti sasaran pengguna / audiens
- Menentukan objektif komunikasi
- Mereka bentuk mesej
- Memilih media
- Mendapatkan maklum balas
Mana-mana empat langkah yang pertama F = ½ m | (2m) |
| (h) | Nyatakan kelebihan Sistem Inventori Sifar (Just in Time – JIT) dalam pengurusan inventori - Meminimumkan kos simpanan inventori
- Mengelakkan pembaziran kos, masa dan tenaga
- Meningkatkan kecekapan pengeluaran
- Fleksibel dalam pengurusan disebabkan perubahan persekitaran
(mana-mana 2 isi X 1 m) | (2m) |
| (i) | Apakah itu ISO 900 dan mengapa organisasi memerlukan standard ini? - Standard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasi. [1m]
Mengapa organisasi memerlukan standard ni - Mengelakkan masalah daripada berlaku dan ni mengurangkan tindakan pmbetulan.
- Membolehkan setiap pekerja memahami tanggungjawab masing-masing dan menjalankan tugas dengan betul.
- format dokumentasi yang standard dapat digunakan oleh keseluruhan organisasi dengan ini memudahkan rujukan, aktiviti pengemaskinian dan sebagainya
- Memudahkan audit sama ada pihak dalaman atau pun luaran.
(mana-man 2 isi X 1 m = 2m)
| (3m) |
| (j) | Terangkan perbezaan antara CAD dan CAM. | Dimensi | CAD | CAM | | Tujuan | Penggunaan komputer dalam fungsi pengeluaran untuk tujuan mereka bentuk [1m] | Penggunaan komputer dalam fungsi pengeluaran untuk melaksanakan pengeluaran produk. [1m] | | Penggunaan | Memodifikasi reka bentuk produk sedia ada atau mewujudkan reka bentuk baru [ ½ m] | Penggunaan komputer dan robot untuk kawalan proes transformasi dan kualiti [ ½ m] | | (3m) |
Pesanan cgzue : Untuk menjawab soalan bagi bahagian A jawapanmestilah ringkas dan padat serta menjurus kepada kehendak soalan. Jangan guna ayat tergantung tanpa huraian yang jelas.
1 comments:
Salam. Bila tgk dkt phone...jwpn dia tu tak boleh tgk sepenuhnya.
Post a Comment