Latihan Bahagian B : Soalan Bab Perniagaan dan Persekitarannya PP1

SOALAN

(a) Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangannya kepada negara. [13]

(b) Walaupun usahawan dianggap faktor pengeluaran terpenting, namun terdapat faktor-faktor lain yang boleh membantu dalam proses pengeluaran.Bincangkan. [12]


SKEMA JAWAPAN

(a) Maksud

- perniagaan yang menjalankan perniagaan dalam sempadan negara

- menggunakan modal yang terdapat dalam negara

- pasaran sasaran adalah dalam negara [1m X 3 = 3 markah]

Peranannya :

- menjimatkan kadar pertukaran mata wang asing [1m] – melalui penggunaan sumber tempatandan mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara [1m]

- mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat [1m] – mengurangkan kadar pengganguran [1m]

- membangunkan industri sokongan [1m] - mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas[1m].

- membangunkan modal insan [1m] – memberi kemahiran asas kepada tenaga kerja dalam negara [1m]

- memberi sumber pendapatan kepada negara [1m] – cukai perniagaan yang dibayar oleh syarikat [1m]

[Mana-mana lima fakta : 2m X 5 = 10 markah]

(b) i) Tanah (1m)

· sumber alam semula jadi yang boleh digunakan untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan [1 m]

· tanah meliputi sumber perhutanan, pertanian, perusahaan, galian dan sumber lautan [1 m]

· contoh sumber perhutanan – kayu balak ( dan lain2 contoh yang relevan) [ 1m]

ii) Buruh [ 1m]

· menyumbangkan tenaga dalam bentuk fizikal dan mental [ 1 m]

· semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan dan perkhidmatan [1 m]

· setiap pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza dan kemahiran pengurusan merupaka aspek terpenting [ 1 m]

iii) Modal [ 1 m]

· jumlah kewangan dan peralatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan. [ 1 m]

· modal bukan merujuk kepada kewangan sahaja kerana wang dengan sendirinya adalah tidak produktif [1 m]

· apabila wang digunakan untuk membeli peralatan wang tersebut dikatan produktif kerana dapat meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran. [1m]

3 isi X 4 m = 12 m

Pesanan cgzue:
Cuba elakkan guna fakta teknologi sebagai salah satu pilihan jawapan. Faktor pengeluaran yang perlu diutamkan tanah, buruh, modal dan keusahawanan. Kalau nak tulis juga teknologi jadikan ia sebagai pilihan terakhir atau F/H yang kelima.

2 comments:

cikgu , adakah tahun (2011) soalan 2 yang wajib keluar tenteng bab 3 .3 funsi kewangan ?

cikgu .kami guna sistem modular . agk sukar lah .. mcm mana tips utk menguasai smua tjuk ? sebab kmi tak dapat jangka soalan apa yang keluar pda november ini..


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...