Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah 28/5/2011

Selamat Hari Guru 2011 buat semua rakan seperjuangan. Semoga segala perjuangan kita selama ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah jua. Guru Berjasa Pelajar Berjaya” Syabas semua!

Education is a life-long process. All over the world the teaching profession is the SHINING STAR. Sebagai seorang pendidik Hari Guru merupakan hari yang sangat istimewa. Sekolah kami sambutan hari ini selepas exam berakhir kelmarin. Sambutan di sekolah bagi pandangan saya agak meriah dengan persembahan, jamuan dan acara sukaneka memang best. Acara yang ditunggu ialah penyampaian anugerah mengalahkan Grammy Award bermacam kategori diperkenalkan ... penulisan buku rekod terbaik, kehadiran penuh, guru dedikasi, pencapaian 100% SPM.... macam-macam lagi. Ni semua idea pengetua cemerlang kami lah....

Ini merupakan tahun terakhir pengetua sambut hari guru bersama memandangkan beliau akan pencen April tahun depan. Tapi sumbangan beliau pada kami dan sekolah memang tak dapat dikira .... itulah dikatakan pengetua cemerlang.

Ceh ... nak habaqlah juga cgzue dapat dua anugerah tau satu untuk Anugerah Pencapaian 100% Subjek Prinsip Perakaunan dan satu lagi Anugerah Lonjakan Saujana untuk Subjek Prinsip Perakaunan. Ooops lupa satu lagi Anugerah untuk Lonjakan Saujana Subjek Pengajian Perniagaan anugerah ni share dengan team panitia pengajian perniagaan. Kira seronoklah juga penat lelah kita diiktiraf walaupun sijil diperingkat sekolah aje ....

Layanlah yea gambar-gambar dibawah ....

Terima sijil daripada Pengetua Cemerlang
untuk Pencapaian 100% subjek Prinsip Perakaunan
dan Lonjakan Saujana subjek Prinsip Perakaunan juga

Terima kasih kepada Ketua Panitia PP kami yang tersayang Kak Norida
dan pelajar-pelajar atas pemberian hadiah dan bunga.

Rakan seperjuangan terbaik geng bilik guru belakang sama-sama berkongsi kegembiraan
dan kesedihan

Minda cgzue : Sebenarnya bagi seorang pendidik hadiah yang paling paling berharga ialah kejayaan anak didik bukannya wang ringgit. Menitis air mata apabila melihat anak didik berjaya dalam kehidupan hasil daripada didikan kita ... emosionallah pulak.Terima kasih guru ku kerana mendidik ku sehingga menjadi insan yang berjaya .... Ok that all jumpa lagi cerita seterusnya KEM MUTIARA GEMILANG 28,29 dan 30 Mei 2011.

1 comments:

Tahniah cikgu, kerja guru memang mulia, tp sejak akhir2 ni sy tengok ramai guru yg tidak bersemangat & hanya mengejar gaji. sungguh sedih


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...