Ini adalah tahun kedua Kem Mutiara Gemilang dianjurkan dan kesempatan ini cg zue nak ucapkan thanks a lot kepada semua guru form six atas kerjasama yang diberikan sehingga program ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Guru yang paling banyak main peranan ialah Cikgu Azrin yang banyak bantu cg zue dalam uruskan penginapan, dewan kuliah dan makan minum pelajar tapi cikgu-cikgu lain pun back up yang sangat hebat. Sikap bersatu hati guru-guru form six SMK Penanti adalah faktor kejayaan semua program yang kami anjurkan. Tidak lupa juga pelajar Pra U yang begitu bersemangat dan sanggup hadir tanpa sebarang rungutan.
Sebenarnya program ini dianjurkan untuk mencapai empat objektif utama dan cg zue rasa semua objektif ini telah tercapai.- Menambah pengetahuan pelajar tentang konsep-konsep penting dalam subjek yang diambil
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik-teknik menjawab soalan.
- Menyuntik minat pelajar untuk membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan.
- Mendedahkam pelajar dengan suasana sebenar kehidupan di kampus.
Pelajar Pra U memang memberi komitmen yang baik dengan memberi respon yang baik dalam semua aktiviti yang dilakukan sepanjang ceramah diadakan dan tak lupa juga kami juga menganjurkan lawatan ke Muzium USM. Memang best lah muzium ni you all boleh pi lawat kerana ia terbuka kepada umum.
Pendek kata program ini memang memberi impak yang sangat besar kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan STPM yang bakal muncul tak lama lagi. Kami tenaga pengajar pun sangat berpuas hati dan insyaallah next year ingat nak buat kat Universiti Malaya pulak.
Layanlah yea gambar-gambar dibawah ....
Minda cgzue : semoga semua peserta program akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam menghadapi STPM. Pada tahun ini hadir ke USM sebagai peserta kursus, insyaallah tahun depan sebagai graduan USM pula. Semuanya terletak pada matlamat dan perancangan untuk mencapai matlamat.
0 comments:
Post a Comment