PENGURUSAN PERNIAGAAN





Perkembangan pesat ekonomi negara membuka peluang yang luas kepada lulusan universiti termasuk bidang pengurusan perniagaan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini telah meningkatkan peranan bidang ini khususnya dan aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi.

Program pengurusan perniagaan yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi bertujuan menghasilkan siswazah-siswazah yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini.

Hasratnya ialah untuk melahirkan tenaga profesional yang cemerlang yang dapat menterjemahkan teori kepada amalan dan seterusnya berkebolehan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah pengurusan dan perniagaan.

Dengan kata lain, program ini akan melahirkan siswazah-siswazah yang dapat memikul tugas-tugas sebagai seorang pengrus, perunding, pentadbir atau usahawan yang berkaliber serta profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi.

Sebenarnya bidang ini merangkumi skop yang luas atau banyak pengkhususan untuk pelajar membuat pilihan. Di antara kursus-kursus yang popular ditawarkan oleh universiti dan IPT tempatan ialah pengurusan, pemasaran, kewangan, perakaunan, pentadbiran perniagaan, insurans dan perdagangan antarabangsa. Pelajar boleh mengkhusus dalam salah satu bidang tersebut.

Semasa pengajian pelajar akan mengikuti kursus-kursus termasuk pengurusan, perakaunan, kewangan, kuantitatif, pemasaran, insurans, ekonomi, ekonomi Islam, undang-­undang perniagaan serta kursus lain yang berkaitan.

Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan, pengangkutan dan pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri.

Kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia, pemasaran, pelaburan, pen­tadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan, tenaga pengajar, pensyarah dan usahawan.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati bidang ini

(ii) Mempunyai pengetahuan di bidang pengurusan dan perniagaan

(iii) Mempunyai pengetahuan di bidang ekonomi

(iv) Sentiasa mengikuti perkembangan dunia perniagaan dan ekonomi

(v) Menguasai ilmu matematik

(iv) Mahir mengendalikan komputer

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Boleh dikatakan hampir semua universiti tempatan menawar­kan kursus ini termasnk UKM, UUM, UM, USM, UPM, UIA, UNIMAS, UMS dan UiTM. Kursus di peringkat sarjana muda ini mengambil masa tiga tahun.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menghantar pelajar lepasan SPM untuk mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di bawah program pengajian ijazah universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Selain itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan (KP), Universiti Sultan Zainal Abidin juga menawarkan kursus ini di peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun.

Kolej-kolej swasta pula menawarkan di peringkat diploma sementara di peringkat ijazah mereka mengadakan kerjasama dengan universiti/IPT mar negara.

Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Tun Abdul Razak iaitu universiti-universiti swasta tempatan juga menawarkan program ini di peringkat pra-universiti dan ijazah pertama.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Syarat untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma ialah pelajar perlu lulus SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan matematik serta beberapa mata pelajaran lain yang berkaitan seperti perdagangan, prinsip akaun dan ekonomi asas.

Di peringkat sarjana muda, terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan baik peringkat SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan matematik untuk dipilih masuk ke program matrikulasi/asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat sarjana muda

Cara kedua: Calon perlu lulus SPM atau setaraf dan kelulusan STPM yang baik serta mendapat prinsipal dalam mata pelajaran ekonomi, pengajian perniagaan atau perakaunan. Selain itu, perlu mendapat kepujian mata pelajanan bahasa Melayu, mate­matik serta lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM/SPMV.

Cara ketiga: Mereka yang memiliki sijil atau diploma pen­tadbiran perniagaan atau kelulusan lain yang berkaitan dari universiti, UiTM, Kusza dan politeknik KP juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama.

Cara keempat : Beberapa universiti tempatan seperti UKM menawarkan program pendidikan jarak jauh yang memerlu­kan salah satu daripada syarat yang disebutkan di dalam dan ketiga-tiga cara di atas.

Cara kelima: UKM turut menawarkan program Sarjana Muda Pentabiran Perniagaan Eksekutif yang memerlukan satu daripada syarat yang disebutkan di dalam ketiga­-tiga cara di atas di samping mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman kerja dibidang berkaitan.

Cara keenam: Di bawah program tajaan JPA ke luar negara perlu lulus SPM pangkat satuserta perlu mendapat kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggenis, matematik, prinsip akaunatau perdagangan.

sumber : counsellingsmksh.webs.com/PENGURUSAN%20PERNIAGAAN.doc

minda cgzue : pada masa kini tidak boleh hanya bergantung kepada sektor awam sebagai agen peluang pekerjaan tetapi perlu lebih berani mencuba bidang lain contohnya perniagaan kerana ia mempunyai prospek yang cerah dan boleh menjana pendapatan yang tinggi sekiranya bersesuaian dengan strategi.


27 comments:

Tq ckgu atas perkongsian. Mohon copy ya.. sy pn berhasrat nak buat PJJ dan amik kos ni..

Sedikit pertanyaan, subjek atau apa yang sy perlu mahir sbg asas kos ni ?

terima ksih cikgu atas perkongsian yang ringkas dan padat ini..saya nak tanya jika tiada mengambil lulusan mata pelajaran ekonomi tapi mempunyai lulusan mata pelajaran pengurusan perniagaan..adakah ia menepati kriteria yang diinginkan...

Terima kasih cikgu. Perkongsian yg sangat membantu. Saya baru daftar pjj untuk kos ini. Dan sebahagian rakan kata kos ini susah untuk mendapat pekerjaan.

Kalau saya sedang mengikuti program matrikulasi dalam jurusan sains tulen,bolehkah saya memohon jurusan perniagaan apabila saya mengikuti program ijazah??

Kalau saya ambil bidang perdagangan,saye berpeluang ke nk belajar di luar negara????Dan university luar negara mana yang ada subjek keushawanan????

Saya pelajar matrikulasi.Mengambil aliran sains tapi saya berminat dalam bidang perniagaan .Bolehkah saya apply kos bussiness pada permohonan upu
.Saya tiada basic ilmu perniagaan.

This comment has been removed by the author.

Saya pelajar sains kolej matrikulasi.Boleh kah saya apply kos bussiness pada permohonan UPU.

Assalammualaikum,saya pelajar lepasan spm. Keputusan spm saya dalam BI dapat gred D=lulus atas .. rasa-rasanya bole ke sya dpat kursus pengurusan perniagaan ?

BM - B
BI - D
MM - A
MT - C
K - C+
F - D
SJ - A-
PI - B
TK - C+
LK - B+

Minta pendapt nya😊

Assalammualaikum,saya pelajar lepasan spm. Keputusan spm saya dalam BI dapat gred D=lulus atas .. rasa-rasanya bole ke sya dpat kursus pengurusan perniagaan ?

BM - B
BI - D
MM - A
MT - C
K - C+
F - D
SJ - A-
PI - B
TK - C+
LK - B+

Minta pendapt nya😊

Boleh tetapi berisiko tinggi, kerana keutamaan diberikan kpd jurusan perakaunan

informasi yang baik dan berguna

Saya berhasrat ingin mengambil bidang pentadbiran Perniagaan atau pengurusan.. Saya msih keliru bidang yang mane satu sesuai untuk saya

Boleh jaa tp itulah kalau dibidang perakaunan tu lebih memudahkan dan lagi snng dapat.Apa pun still boleh..in shaa allah ada rezeki mesti dapat..

saya lepasan stpm,sy ingin memohon kos pentadbiran perniagaan..adakah sy layak diterima memandangkan saya mengambil seni visual,pengajian am,sejarah dan bm

Anak sy sedang mengikut form 6 dgn jurusan pengajian perniagaan dan hari inj telah mendapat tawaran jurusan yg sama d uitm sabah. Manakah yg lebih baik? Tq atas respon

saya ambil diploma pentadbiran awam boleh ke saya mengambil sarjana pentadbiran perniagaan ini

Tak, sbb kamu tak ambil subj salah satu iaitu ekonomi/perakaunan/perniagaan masa kat stpm

Tak, sbb kamu tak ambil subj salah satu iaitu ekonomi/perakaunan/perniagaan masa kat stpm

Assalamualaikum ckg zue. Sy ada ijazah pentabiran perniagaan. Sy nk tnya mcm mna ya flow nk jdi ckg pp?

Saya keluaran matrikulasi Dan ditawarkan jurusan ini di utp Dan saya pelajar sains tulen...blum start kuliah tapi risau sebab xde basic

Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
JENIS PINJAMAN KAMI
Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.

Data pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) Nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
{gloriasloancompany@gmail.com} atau
WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
Selamat sejahtera

Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
JENIS PINJAMAN KAMI
Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.

Data pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) Nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
{gloriasloancompany@gmail.com} atau
WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
Selamat sejahtera

Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

Cg boleh ke setakat matematik tanpa mengambil perakaunan... Adakah boleh layak untuk mengambil bidang perniagaan antarabangsa.

Saya pelajar teras boleh ke msuk bdg perniagaan ?sbb dripda kcik mmg sya mnt berniaga

Assalamualaikum saya lepasan diploma pengajian perniagaan. Bolehkah kalau saya nak sambung degree dlm bidang perbankan ? Atau course apa yang sesuai saya sambung di degree?


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...