TAHUN BARU BERWAJAH BARU

Assalamualaikum semua, tahun baru sudah lama menjelma. Baru hari ini cg zue berkesempatan untuk menjenguk blog yang sekian lama diabaikan. Maklumlah sibuk dengan pelbagai tugasan dan juga jawatan baru sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6. Semoga tahun ini semua pelajar pengajian perniagaan mendapat keputusan yang cemerlang kerana anda merupakan kohort terakhir sistem terminal lepas ini kita berdepan dengan cabaran baru iaitu sistem modular pula. Apa pun sebagai seorang pendidik kita perlu menerima sebagai satu yang positif dan mungkin ada kelebihan daripada sistem modular ini. apa pun kita tunggu dan lihat.

Sebentar tadi tenaga pengajar pra u telah mengikuti Bengkel Pembinaan Blog. Itulah cg zue cuba-cuba nak menukar penampilan blog cg zue sempena tahun 2012 ni ....



Fasilitator ex student pra u Zulhaswadi sekarang mendapat tawaran sambung belajar sebagai guru PJK di UiTM Shah Alam

Disebelah kiri Kak Anida kawan terbaik , disebelah kanan Ketua Unit Pengajian Perniagaan yang sporting Kak Norida

1 comments:

saya ingin mengucapkan terima kasih kerana daripada tips yang diberi oleh cikgu,saya dapat mengulangkaji topik kreatif dan inovasi.
Ribuan terima kasih


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...