PENGURUSAN : BAHAN PENGAJARAN 2

Disini cg zue nak kongsi bahan pengajaran yang cg zue gunakan pada hari rabu yang lepas. Cg zue guna kaedah pembelajaran koperatif. Alhamdullilah aktiviti ini berjaya dan pelajar memberi respon yang positif.

Langkah-langkah untuk jalankan aktiviti ini
Langkah 1 : Bahagikan pelajar kepada kumpulan kecil
Langkah 2 : Setiap kumpulan lantik seorang CEO selaku ketua kumpulan
Langkah 3 : Setiap kumpulan diberi 12 tajuk kecil
Langkah 4 : Bagi pusingan pertama setiap ahli kumpulan perlu pilih mana-mana tajuk berdasarkan pilihan undian
Langkah 5 : Pelajar diberi masa 5-10 minit untuk baca tajuk yang diberi
Langkah 6 : Pelajar tutup buku dan menerangkan tajuk yang diberikan kepada ahli kumpulan tanpa merujuk buku atau nota (maksudnya pelajar mesti benar-benar faham)
Langkah 7 : Selepas penerangan, pelajar perlu tulis semula dalam worksheet apa yang mereka faham berdasarkan penerangan yang diberikan oleh salah seorang ahli kumpulan.
Langkah 8 : Selepas semua ahli kumpulan telah memberi penerangan mengikut tajuk yang mereka dapat boleh melakukan undian bagi pusingan kedua dan proses yang sama berulang
Langkah 9 : Diakhir p&p cg membuat rumusan dan bg latihan susulan

Bahan untuk didownload
Bahan 1  - boleh guna untuk 3 kumpulan
Bahan 2


 Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil


Alhamdullilah pelajar memberi komitmen yang baik.





0 comments:


Tahniah , Berjaya Masuk U 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...